Wednesday 6 February 2013

SAH! KEMURAHAN PKR SELANGOR PADA SARAWAK LAKONAN BELAKA!

-ANAK DIRUMAH KELAPARAN KERA DIHUTAN DISUSUKAN .. KERANA NAK MENGAMBIL HATI RAKYAT SARAWAK, PKR SELANGOR SANGGUP MEMBINA RUMAH PANJANG BERNILAI RM360 RIBU SEDANGKAN MASALAH PERUMAHAN RAKYAT DINEGERI-NEGERI PAKATAN SENDIRI TIDAK PERNAH DIBELA! KEKEKE!!!-


Rumah Unding sumbangan PKR Selangor yang bernilai RM360K 
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Chor Chee Heung berkata empat negeri dibawah pemerintahan Pakatan Rakyat (PR) tidak memberikan tumpuan kepada pembinaan rumah kos rendah.

Menurut Chor, diantara empat buah negeri itu,Selangor dan Pulau Pinang merupakan dua negeri paling teruk yang berdepan dengan masalah tersebut. 

"Walaupun kebanyakan negeri memerlukan pembiayaan daripada Kerajaan Persekutuan untuk membina rumah tersebut, Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan dilihat tiada dalam rancangan pembangunan itu.

"Yang paling teruk di kalangan empat negeri ini adalah Selangor dan Pulau Pinang. Ini kerajaan negeri hanya memberi tumpuan kepada projek-projek yang mid-range," katanya kepada pemberita. 

Tambahnya, projek perumahan kos rendah tidak boleh diabaikan kerana orang ramai akan datang ke negeri-negeri tersebut untuk mencari peluang pekerjaan.

Sehubungan itu, Kerajaan Persekutuan sebagai sebuah kerajaan yang prihatin melancarkan 48 projek perumahan kos rendah di seluruh negara untuk rakyat.

Laporan akhir tahun lepas terkandung, terdapat lebih daripada 26,000 rumah kos rendah akan siap dibina menjelang tahun depan.

"Jika anda berpendapatan kurang daripada RM2,000 sebulan, anda tidak mampu untuk membeli sebuah rumah di Selangor atau Pulau Pinang," katanya.

Sumber: KL Pos

Petikan dari artikel UnReportedNews™® bertarikh 17hb Januari 2013 (klik sini)

Di sebalik kesengsaraan rakyat Selangor kini yang berhadapan krisis air, kerajaan PKR Selangor sebaliknya dengan "bermurah hati" membiayai segala kos pembinaan semula rumah panjang yang terbakar di Ulu Kerian, Saratok dua tahun dahulu yang bernilai RM360,000.

Menurut laporan portal pembangkang; Selangorku, rumah panjang yang mempunyai 20-pintu dikenali sebagai Rumah Unding telah dirasmikan sendiri oleh Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid awal bulan lalu. 

Difahamkan kerajaan BN negeri telah menghulurkan bantuan awal sebanyak RM12,000 namun nyata jumlah tersebut tidak memadai untuk menampung pembinaan semula rumah panjang tersebut sehingga menjuruskan penduduk rumh panjang tersebut "beralih-arah" menerima bantuan dari PKR. 

Yang peliknya, blog-blog pembangkang Sarawak tidak pula menwar-warkan berita sensasi ini ataupun mereka sebenarnya berniat hanya untuk menanti masa untuk menjadikan ia salah satu modal utama dalam ceramah sewaktu kempen PRU kelak? Kita lihat saja nanti ya. 

Yang pastinya, PKR dan semua parti pembangkang Sarawak akan mendabik dada dengan sombong nanti sewaktu berceramah berkata, "Lihatlah sendiri Rumah Panjang Unding di Saratok yang di bina oleh PKR, belum menjadi kerajaan negeri pun, PR boleh membantu rakyat apatah lagi jika benar-benar menjadi kerajaan, memang banyak lagi PR boleh bantu, maka undilah Pakatan Rakyat, tolaklah BN!"

Pernahkah PR mendengar peribahasa, "Bertelur sebiji, riuh sekampung?", jangan kerana satu bantuan saja PR boleh mendabik dada mengatakan mereka lebih baik daripada BN kerana pada hakikatnya, bantuan tersebut hanyalah "pelaburan" mereka sahaja untuk mengumpan undi. 

Rakyat Sarawak jangan mudah tertipu dengan "mainan wayang PR" dan sebagai warga Sarawak yang di kenali penuh dengan sopan santun dan budi pekerti, kita juga tidak harus lupa untuk mengucap terimakasih atas bantuan PKR tersebut namun jangan mudah termakan umpan mereka.

Buat kerajaan BN Sarawak, perkara ini haruslah di pandang serius kerana membiarkan "kuasa luar" yang nyata ada niat di sebaliknya memberi bantuan kepada rakyat Sarawak walhal, tanggungjawab itu sepatutnya di pikul oleh kerajaan BN Sarawak.

Pesanan ikhlas dari aku, bangunlah, sedarlah dari mimpi sebelum ianya terlambat!

-UnReportedNews™®

Artikel-artikel berkaitan: 


No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List