Monday 6 May 2013

KEPUTUSAN PENUH PRU-13: BN KEKAL MENJADI KERAJAAN

-SECARA KESELURUHANNYA, BN MENANG SEBANYAK  133 KERUSI MANAKALA PEMBANGKANG 89 KERUSI (DAP-38, PKR-30 & PAS-21)! BIARPUN GAGAL MELEPASKAN GENGAMAN PEMANGKANG DARI SELANGOR, KELANTAN & PULAU PINANG SETELAH MEMBERI TENTANGAN BEGITU SENGIT, KEJAYAAN MERAMPAS KEMBALI KEDAH BAGAIKAN MENJADI PENAWAR KEPADA SEGALA KEKECIWAAN YANG MELANDA BN! TAHNIAH PM NAJIB ATAS KEMENANGAN BN, UCAPAN TAHZIAH BUAT ANWAR YANG GAGAL DALAM CITA-CITANYA BETUL-BETUL KEMARUK MENJADI PM! BILA NAK BERSARA TU OI? KEKEKE!!!-


Walaupun di sesetengah pusat kiraan undi masih dalam proses pengiraan, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf secara rasminya pada tepat jam 1:02 pagi tadi,mengumumkan Parti Barisan Nasional (BN) menang dengan majoriti mudah dan kekal sebagai kerajaan Malaysia setelah memenangi kerusi Parlimen yang ke-112 dari 222 jumlah keseluruhan kerusi yang dipertandingkan dalam Pilihanraya Umum ke-13.

Dengan itu, Datuk Seri Najib Razak menerima mandat pertamanya daripada rakyat untuk menerajui negara sebagai perdana menteri keenam selepas Barisan Nasional (BN) memperoleh majoriti mudah 112 kerusi Parlimen pada pilihan raya umum ke-13 malam tadi dan sebentar tadi keputusan muktamad PRU-13 adalah seeti berikut; BN-133 kerusi,  DAP-38 kerusi, PKR-30 kerusi dan PAS-21 kerusi.

Beberapa ketika selepas it, Najib, yang juga Pengerusi BN yang terdiri daripada 13 parti gabungan membuat pengumuman dari ibu pejabat BN di Menara Dato Onn di ibu negara di mana beliau serta isterinya Datin Seri Rosmah Mansur berserta pemimpin dan segelintir calon-calon BN yang telah bertanding yang berkumpul di sana menanti keputusan PRU-13.

Mengucapkan terimakasih kepada semua pengundi yang telah merekodkan jumlah keseluruhan sebanyak 13..27 juta pemilih berdaftar, Najib mengingatkan semua pihak agar akur dan menghormati keputusan PRU-13 tersebut dengan hati yang terbuka.

"BN akan merealisasikan segala apa yang dilafazkan dalam akujanji pada manifesto BN yang mendahulukan rakyat dan untuk membawa Malaysia ke tahap lebih tinggi," kata Najib yang sebelum itu telah disahkan kemenangannya di Parlimen Pekan dengan majoriti 35,613 undi menewaskan calon PKR, Mohd Fariz Abd Talib@Musa.  
BN juga telah mengekalkan kerajaan negeri di Perak, Pahang, Perlis, Melaka, Negeri Sembilan, Terengganu Johor, Sabah dan Sarawak namun kejayaan dapat merampas kembali Kedah seakan  menjadi penawar kegagalan melepaskan Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang dalam genggaman pembangkng dalam satu pertarungan yang amaT sengit.

-UnReportedNews™®
-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List