Wednesday 18 December 2013

BAHAYA BETUL KE SARAWAK NI SEHINGGAKAN MENTERI MUDANYA PERLUKAN "BODYGUARD"?

-PADA PENDAPAT ADMIN UnReportedNews™® YANG TAK SEBERAPA INI, SARAWAK MASIH LAGI SELAMAT & MEMADAILAH DENGAN KEHADIRAN PEMANDU PRIBADI BESERTA DENGAN "ROMBONGAN" YANG MENGIKUTI MENTERI MUDA ITU SENDIRI KETIKA MENJALANI TUGAS-TUGAS RASMI. INSIDEN DIMANA SEORANG MENTERI MUDA DIROMPAK KERETA BARU-BARU INI ADALAH SATU KES JENAYAH RAMBANG & BERLAKU BUKAN SEWAKTU BELIAU MENJALANKAN TUGAS RASMI! KALAU MACAM TU, SETIAP MANGSA JENAYAH LAIN PUN PERLUKAN "BODYGUARD" LER? KEKEKE!!!-

Seorang menteri Sarawak hari ini meminta Kabinet negeri mengkaji keselamatan orang kenamaan, termasuk menteri dan menteri muda, berikutan kejadian rompakan kereta melibatkan seorang menteri muda di sini semalam.

Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Datuk Fatimah Abdullah berkata keselamatan orang kenamaan tidak boleh dipandang ringan, terutama ketika mereka menjalankan tugas rasmi seperti menghadiri majlis yang berakhir lewat malam atau melawat kawasan yang mereka wakili di pedalaman Sarawak.

“Isu-isu seperti keselamatan sering mengganggu fikiran kami setiap masa, berbeza dengan menteri dan timbalan menteri persekutuan, kami (menteri negeri) tidak mempunyai pengawal peribadi atau polis pengiring,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan buku masakan ‘Indian Flavours from Sarawak, Borneo,’ karangan Datin Ruby Sengupta, isteri bekas pakar bedah Hospital Umum Sarawak Datuk Dr P.R. Sengupta di sini.

Ditanya sama ada anggota Kabinet negeri perlu membawa senjata api sebagai langkah keselamatan, beliau berkata perkara itu adalah pilihan individu.

Fatimah bagaimanapun yakin pihak berkuasa berkenaan akan menyediakan polis pengiring apabila keadaan memerlukan dan atas permintaan orang kenamaan.

“Secara peribadi, saya berasa kekok apabila ada pengiring kerana saya tidak mahu menjadi tumpuan perhatian orang ramai. Kehadiran polis (kadang-kadang) merimaskan orang ramai dan pengguna jalan raya lain, tapi kalau kerana keselamatan, itu suatu perkara lainlah,” katanya.

Dalam ucapannya, Fatimah berkata makanan adalah antara faktor yang boleh menyatukan manusia, tanpa mengira latar belakang budaya atau agama dan perkara ini patut disemai dalam kalangan generasi muda.

Beliau berkata di samping tag pelancongan ‘budaya, pengembaraan dan alam semula jadi’, keunikan makanan Sarawak juga merupakan ciri yang mampu menarik pengunjung ke negeri ini.

Sementara itu, Ruby yang dilahirkan di Calcutta, berkata beliau ingin meninggalkan legasi masakan dalam bentuk buku yang beliau mengambil masa 20 tahun untuk menyusunnya berdasarkan resipi sendiri, kebanyakannya masakan Bengali. – Bernama

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List