Tuesday 25 March 2014

#PRKBALINGIAN: SAMBUTAN BUAT PELIWAT?!

-SAMBUTAN PENDUDUK YANG TAK DIDUGA TERHADAP KETIBAAN PELIWAT TEGAR YANG DAH DISAHKAN DI MAHKAMAH MELAWAT BALINGIAN MEMBUAT NUAR BRAHIM NAIK HANGIN! HABISLAH KO JALIL! KEKEKE!!!-



Pengundi-pengundi tak nak terima calon parti yang diketuai oleh peliwat? Hahaha!!!




Dalam usaha untuk meng"spin"kan tajuk "liwat-meliwat" ni, Nuar Brahim akan membangkitkan isu beberapa orang pemimpin kanan PKR yang di larang memasuki Sarawak baru-baru ini dalam ceramahnya di Balingian yang dijadualkan akan bermula sebentar lagi.

Tahukah Encik Nuar Brahim, Sarawak ada hak untuk menghalang sesiapa yang dianggap boleh mengganggu-gugat perpaduan dan keselamatan negeri ini?

Seperti yang dijelaskan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar baru-baru ini, beliau telah dimaklumkan kerajaan negeri mengambil langkah itu bagi memastikan perpaduan dan keselamatan di Sarawak tidak tergugat.

“(Kenyataan) ini bukanlah soal politik tetapi soal perpaduan dan soal keselamatan di negeri ini sentiasa terpelihara,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri perhimpunan rakyat di Kampung Tellian Tengah di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan akhbar yang dikeluarkan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Haji Adenan satem di Kuching semalam yang bertegas untuk menghalang kemasukan individu yang mungkin akan mencetuskan ketegangan kaum dan agama di negeri ini.

Menurut kenyataan itu, sebagai kerajaan yang bertanggung jawab, ia akan menggunakan hak imigresen yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia untuk menghalang kemasukan individu terbabit atau menghantar mereka balik menurut undang-undang yang ada.

Junaidi berkata kenyataan ini tidak seharusnya dilihat hanya dituju kepada pemimpin dan penyokong parti pembangkang sahaja kerana soal perpaduan dan keselamatan negeri Sarawak merupakan tanggungjawab semua pihak.

“Saya berharap semua pihak agar tidak angkuh atau cuba ingkar dengan larangan ini. Janganlah bersikap hipokrit,” katanya.

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List