Monday 8 August 2016

Kerajaan Sarawak Beku Permohonan Permit Pekerja Dari Luar Sarawak Serta Merta


KUCHING: Kerajaan negeri membekukan serta-merta semua permohonan permit untuk pekerja Petronas dari luar Sarawak bekerja di Sarawak.

Perkara itu ditegaskan Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas semalam.

Tambahnya, pembekuan itu akan memastikan Petronas bertindak adil serta telus dalam semua urusannya dengan Sarawak khasnya operasi mereka di negeri ini.

“Kerajaan negeri melakukan moratorium serta-merta ke atas semua permohonan permit pekerjaan untuk pekerja Petronas dari luar Sarawak yang mahu bekerja di Sarawak,” katanya.

Katanya kerajaan mengambil tindakan itu selepas menerima beberapa aduan daripada pegawai Petronas dari Sarawak yang menerima surat ditamatkan tempoh perkhidmatan atau diberhentikan.

“Kami telah membangkitkan perkara ini kepada Petronas dan mahukan penjelasan. Maklum balas mereka agak positif kerana ia sejajar dengan kedudukan Petronas ketika ini iaitu mengurangkan kos operasinya di seluruh negara dan global disebabkan penurunan keuntungan kerana kejatuhan harga bahan api.

“(Dengan) Pendedahan terbaharu oleh Presiden Suarah Petroluem Group (SPG) kita (kerajaan negeri) masih menunggu penjelasan terperinci daripada Petronas. Kita juga akan mendapatkan pengesahan angka (pekerja diberhentikan) daripada SPG,” jelasnya.

Uggah yang juga Menteri Pemodenan Pertanian dan Ekonomi Luar Bandar berkata beliau telah diberi tanggungjawab oleh kerajaan negeri untuk mengeluarkan kenyataan (berhubung isu tersebut) kerana Ketua Menteri (Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem) kini masih berada di luar negara.

Menurutnya kerajaan negeri telah meminta Petronas mendedahkan dengan terperinci mengenai pekerjanya di Sarawak.

Jumaat lalu Uggah memberitahu beliau telah berkomunikasi dengan pegawai teratas Petronas di Kuala Lumpur dan beliau dimaklumkan pegawai terbabit, mereka akan memberi maklumat-maklumat diperlukan dalam waktu terdekat ini.

Tambahnya apa juga hasil laporan daripada Petronas, rundingan seterusnya antara kerajaan negeri dan syarikat minyak negara itu akan diadakan.

“Jadi kita berharap dengan laporan (daripada Petronas) itu nanti, ketua Menteri akan dapat melakukan apa yang perlu untuk penglibatan lebih baik Sarawak dalam operasi Petronas di Sarawak,” ujarnya.

Uggah berkata demikian sebagai mengulas laporan halaman utama akhbar The Borneo Post mengenai kebimbangan dibangkitkan SPG berhubung pemansuhan posisi tetap 29 yang menyebabkan 13 staf berpengalaman dari Sarawak yang terlibat dalam kerja-kerja pembinaan semula huluan di Sarawak diberhentikan.


Presiden SPG Hamin Yusuf dipetik sebagai berkata majoriti jawatan senior diisi oleh pekerja dari Semenanjung Malaysia manakala jawatan peringkat rendah diberikan kepada pekerja dari negeri ini. - UB

-UnReportedNews™®

1 comment:

  1. Everybody understood on fuel issues over the countries and also throughout the globally as well, due to a decrease in profits falling of fuel prices. But why should some positions in Sarawak on every Oil and Gas rigs has been filled by outsiders employees, and not filled by our Sarawakian employees by right. Petronas should considering this issues to avoiding from getting outsiders employees on every Oil and Gas rigs in Sarawak. These positions can be filled with our Sarawakian employees and not supposed to be filled from outsiders employees as well. Because this could give our Sarawakian employees the chance to continuing their jobs Offshore, rather than they are jobless right now.

    ReplyDelete

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List