Friday 18 November 2016

Perhimpunan BERSIH Tidak Diperlukan Di Sarawak


KUCHING: Masyarakat Sarawak yang terkenal dengan kesopanan dan hormat-menghormati di kalangan masyarakat pelbagai kaum di negeri ini menolak penganjuran Perhimpunan BERSIH 5.0 yang disifatkan sebagai tidak perlu sehingga boleh menganggu ketenteraman awam dan memecahbelahkan perpaduan rakyat.

Ini disuarakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr. Hazland bin Abang Hipni yang menyifatkan Perhimpunan BERSIH 5.0 yang dijadualkan diadakan Sabtu ini di Kuching, Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu sebagai sangat tidak perlu dan membuang masa.

"Sejak pemimpin pembangkang mewujudkan Perhimpunan BERSIH pada 10 Oktober 2007, keadaan negara sangat huru-hara hingga menjejaskan nama negara di peringkat antarabangsa.

"Malah, Perhimpunan BERSIH 5.0 yang dicanang penganjurnya sejak beberapa bulan lalu dilihat tidak lagi relevan dan telah tersasar daripada tujuan asal BERSIH iaitu mahukan pilihan raya yang adil," katanya ketika diminta mengulas mengenai kedegilan penganjur BERSIH yang tetap mahu adakan perhimpunan BERSIH 5.0 di sini.

Jelas beliau lagi, penganjuran perhimpunan haram yang tidak mendapat permit ini seolah-olah mencabar perundangan yang ada di negara kita biarpun di belakangnya disokong pemimpin politik.

Selain menyimpang daripada tujuan asal Perhimpunan BERSIH, penganjur juga yang terdiri daripada pemimpin dan ahli-ahli daripada parti-parti pembangkang dilihat mempunyai agenda politik yang menyimpang.

"Biarpun jurucakap penganjur bahawa Perhimpunan BERSIH 5.0 ini hanya melibatkan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO's), tetapi di belakangnya tetap disertai pemimpin pembangkang yang mempunyai agenda politik untuk menghasut rakyat.

"Tidak pernah satu pun Perhimpunan BERSIH yang pernah diadakan bebas daripada sebarang kontroversi apatah lagi melibatkan pemimpin parti pembangkang.

"Mengambil kira Perhimpunan BERSIH yang diadakan sebelum ini jelas tidak aman, biadap dan menganggu ketenteraman awam sehingga menimbulkan kontroversi besar yang menjejaskan negara," ujarnya lagi.

Terdahulu, Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mazlan Mansor ketika mengulas mengenai Perhimpunan BERSIH 5.0 memberitahu penganjuran perhimpunan itu tidak mempunyai kelulusan di lokasi yang dinyatakan mereka kerana kawasan itu sedang dalam proses baikpulih seperti yang dinyatakan Datuk Bandar Kuching Utara (DBKU) sebelum ini.

Menurut Mazlan lagi, perhimpunan tanpa notis yang mempunyai agenda tersendiri dan tidak mendapat kelulusan, peserta harus menanggung risiko sendiri jika diambil tindakan. -UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List