Wednesday 24 May 2017

#PrkPujut: PBB Lambir Akan Bantu Rampas Balik Pujut


KUCHING: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Lambir bersedia membantu jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Pujut akan datang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lambir, Ripin Lamat berkata, pasukannya akan bekerja keras untuk memastikan kerusi tersebut dapat dirampas balik daripada Parti Tindakan Demokratik (DAP).

"Kita berusaha keras pada pilihan raya ini untuk merampas kembali kerusi ini (Pujut) daripada pembamgkang," katanya.

Kerusi tersebut kosong selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) melucutkan kelayakan Dr Ting Tiong Choon sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerana memiliki kewarganegaraan Australia.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 20 Jun sebagai hari penamaan calon manakala pengundian pada 4 Julai.-Sarawakiana

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List