Saturday 22 July 2017

Penuntut Dakwa Ustazah Dera Sehingga Cedera

*gambar hiasan
KUCHING: Seorang wanita membuat laporan polis mendakwa seorang Ustazah telah mendera anaknya sehingga mengakibatkan kecederaan bahagian otot paha kiri dan kanan dan kerosakan buah pinggang pada petang tadi.

Menurut wanita yang berusia 40-tahun dari Kampung Bintawa Ulu, Petra Jaya, anak beliau telah mengadu mengalami kesakitan sakit di keseluruhan badan dan kaki sehingga tidak boleh berjalan dengan sendiri lebih kurang jam 10 malam semalam.

Setelah menjalani pemeriksaan, di Hospital Umum Sarawak (HUS), doktor memaklumkan kepadanya anak beliau yang berusia 16-tahun tersebut telah mengalami sakit bahagian otot paha kiri dan kanan dan kerosakan buah pinggang.

Penuntut Tingkatan 4 di sebuah Sekolah Agama di Petra Jaya tersebut ketika ditahan wad untuk rawatan di tingkat 8 di HUS, setelah dipaksa, kemudiannya memberitahu ibunya dia bersama dua lagi penuntut telah dihukum oleh seorang Ustazah kerana lambat menghantar kerja rumah mereka.

Penuntut tersebut mendakwa mereka telah dihukum pada hari Selasa oleh Ustazah tersebut melakukan ketuk ketampi sebanyak 200 kali, squat 200 kali dan sit-up 300 kali dalam masa satu jam.

Difahamkan rakan beliau, yang kini juga dimasukkan ke HUS untuk rawatan juga telah membuat laporan polis mengenai kejadian tersebut sementara rakan mereka yang seorang masih duduk asrama sekolah berkenaan.


Polis sedang menyiasat kejadian tersebut dan sehingga berita in ditulis, tiada sebarang tangkapan di buat. -UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List