Saturday 13 January 2018

Polis Buru Suspek Fitnah Tun Abdul Taib Di Media Sosial


KUCHING: Polis sedang menjejak dan memburu dua pemilik akaun Facebook disyaki memfitnah Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dengan memuatnaik surat palsu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak Datuk Dev Kumar mengesahkan yang setakat jam 10 malam tadi, pihaknya telah menerima dua aduan terhadap status Facebook milik dua individu.

"Dua laporan tersebut masing-masing buat di Miri dan Kuching," katanya sambil menambah, siasatan telah dijalankan, polis sedang mengesan dua individu yang dipercayai pemilik akuan berkenaan.

Beliau berkata, kes itu disiasat sebagai fitnah di bawah seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia. 


Posting mengenai "surat" yang kononnya ditulis oleh Tun Abdul Taib semasa beliau masih menjawat jawatan Ketua Menteri mengeluarkan "arahan membeli undi" telah berlegar meluas di media sosial sejak dua hari lepas.-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List