Saturday 6 January 2018

Terus Komited Dan Bekerjasama Perjuangan Parti - Abang Jo


BETONG: Ketua Menteri yang juga Yang Dipertua Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Patinggi Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg menggesa barisan kepimpinan parti PBB untuk terus komited dan berkerjasama bagi meneruskan perjuangan parti tersebut.

Katanya, semangat ‘Segulai Sejalai’ serta menghargai kepimpinan terdahulu haruslah diteruskan kerana ia mampu mengukuhkan perpaduan kaum dan kestabilan politik di negeri ini.

Abang Jo telah  merasmikan mesyuarat perwakilan cawangan tiga tahun sekali cawangan-cawangan PBB Balai Ringin, Bukit Begunan, Simanggang, Engkilili, Batang Ai, Saribas, Layar, Bukit Saban, Kalaka,  Krian dan Kabong yang telah diadakan di Dewan Tan Sri Stephen Kalong Ningkan di sini.

Dalam perkembangan lain, Abang Jo berkata kerajaan negeri telah meluluskan peruntukan sebanyak RM1 bilion bagi tujuan menaiktaraf kelajuan internet yang akan membantu menggalakan perkembangan ekonomi digital di bandar mahu pun luar bandar.

Katanya, Betong juga bakal memiliki lapangan terbang sendiri hasil daripada projek agropolitan bersama Sri Aman selain akan berubah wajah menjadi pusat inovasi ekonomi digital.

Dalam majlis tersebut juga isteri Ketua Menteri Datin Patinggi Dato Hajah Juma'ani Tun Tuanku Haji Bujang telah menyampaikan sumbangan bantuan SABATI  berjumlah RM7200 kepada SK Buda, Spaoh yang telah terjejas akibat hakisan sungai Layar kepada ADUN Saribas Razi Sitam.

Turut hadir sama Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah, Menteri Kerja Raya yang juga Ketua Pemuda PBB Dato Sri Fadillah Yusuf, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Dato  Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar, mantan Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu dan tetamu kehormat lain.

Seramai 3000 orang telah hadir di majlis tersebut. – Penerangan


-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List